Khamis, 26 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa


Majlis Berbuka Puasa Di Kediaman Dato' Hishamudin Tun Hussin Menteri Dalam Negeri Hotel Istana pada 23 Ogos 2010


Berehat di Kediaman Rasmi Tim. Perdana Menteri Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Mohd Yassin pada 21 Ogos 2010

Majlis Berbuka Puasa Di Kediaman TPM Tan Sri Dato'Muhyuddin bin Mohd Yassin

Rabu, 18 Ogos 2010

BAZA RAMADHAN KLUANG


Baza Ramadhan Kluang dianjurkan oleh JPMM Dun Mahkota.

Persoalannya .....

Sudah tak releven lagi kah UMNO Bahagian Kluang menganjurkannya?

Ahad, 8 Ogos 2010

Majlis Masih Ada Yang Sayang Sempena Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak




KRT Kg Melayu dengan kerjasama UMNO Cawangan Kg Melayu dan UMNO Rumah Murah 1 telah menganjurkan sumbangan menyambut bulan Ramadhan kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Fakir Miskin di kawasan Kg Melayu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Cikgu Radzali bin Mohd Noor Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang.

Turut hadir ialah penyumbang utama majlis ini iaitu Dato' Hairul Anuar Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Kluang dan Tn Hj Md Said Jonit Naib Perkasa Kluang.

Terima kasih daun keladi
Tambah rezeki sumbang lagi

Terima kasih juga kepada Puan Sherly Azlina Penolong Pegawai Perpaduan selaku wakil Pegawai perpaduan Daerah Kluang.

Rabu, 4 Ogos 2010

Majlis Penyerahan Bangunan Kolej Komuniti kementerian Pengajian Tinggi





Majlis Penyerahan Bangunan Majupadu di Taman Delima kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk Kolej Komuniti Kluang telah disempurnakan oleh Dr Hou Kok Chung Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 5 Ogos 2010 jam 10 pagi di Kluang Mall.

Kolej Komuniti merupakan pusat latihan pengajian tinggi yang pertama di daerah ini dan diharapkan Cawangan UHTO akan menyusul kemudian sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh YAB Dato' Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor semasa merasmikan Pecah Tanah Pekan Rabu Kluang pada 27 Julai 2010.

Selasa, 3 Ogos 2010

Program JASA



Pelancaran Juara Rakyat - Pertandingan Kompang Komuniti Simpang Renggam

Sabtu, 31 Julai 2010

Wacana Model Baru Ekonomi anjuran JASA dan Biro Penerangan UMNO Bahagian Kluang pada 1 Ogos 2010 di Prime City Kluang


Ketibaan Ybhg Tan Seri Abdul Rahim Thamby Chik di Prime City disambut oleh Cikgu Radzali bin Mohd Noor Pegawai JASA Kluang











Ceramah Modul Baru Ekonomi disampaikan oleh Ybhg Tan Seri Abdul Rahim Thamby Chik Pengerusi GABEM.










Sebahagian peserta wanita yang hadir.













En Zulkifli Mohd Noor Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Kluang mengajukan soalan kepada Ybhg Tan Seri.









Ybhg Datuk Hj Gapar Gurrohu turut mengajukan soalan kepada Ybhg Tan Seri Rahim











Sebahagian peserta lelaki.













Penyampaian Cenderahati oleh Cikgu Razali kepada Ybhg Tan Seri













Peserta bersama Ybhg Tan Seri Abdul Rahim.














Pegawai JASA bersama Pengerusi GABEM













Minum pagi Cikgu Radzali, Ybhg Tan Seri Abd Rahim Thamby dan Ybhg Datuk Hj Gapar Gurrohu.

Rabu, 28 Julai 2010

Lawatan YB Ahli Parlimen Kluang ke Kg Melayu






YB Dr Hou Kok Chung Ahli Parlimen Kluang telah melapangkan masa mengadakan lawatan ke Kg Melayu untuk mengenali masalah-masalah penduduk Kg Melayu Kluang. Antaranya :

1. Parit tersumbat di hadapan Surau Jasa Sepakat yang menyebabkan banjir kilat.

2. Tempat pembuangan sampah di Jalan Bunga Raya Kg Melayu

3. Jalan rosak di Jalan Kasturi dan di Lorong 2 Jalan Kasturi disebabkan kerosakan
pembentongan

4. Kerosakan lampu di padang permainan ( tapak pasar malam ) Kg Melayu

5. Rumah di Lorong 3 Jalan Oked akan dirobohkan pada 30 Julai 2010 atas perintah
Mahkamah Tinggi

Ucapan Tahniah kepada Tn Hj Malek Mahbob Ketua UMNO Cawangan Kg Melayu, Tn Hj Ariffin Shariff Ketua UMNO Cawangan Rumah Murah 1, Tn Hj Abu Nayam Ketua UMNO Cawangan Jln. Oked, En Rahim Sharif Ketua UMNO Kg Paya Kluang Baru, Ketua-Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan yang dapat turut serta dalam menjayakan lawatan Ahli Parlimen bersama ketua-ketua Jabatan.