Rabu, 28 Julai 2010

Lawatan YB Ahli Parlimen Kluang ke Kg Melayu






YB Dr Hou Kok Chung Ahli Parlimen Kluang telah melapangkan masa mengadakan lawatan ke Kg Melayu untuk mengenali masalah-masalah penduduk Kg Melayu Kluang. Antaranya :

1. Parit tersumbat di hadapan Surau Jasa Sepakat yang menyebabkan banjir kilat.

2. Tempat pembuangan sampah di Jalan Bunga Raya Kg Melayu

3. Jalan rosak di Jalan Kasturi dan di Lorong 2 Jalan Kasturi disebabkan kerosakan
pembentongan

4. Kerosakan lampu di padang permainan ( tapak pasar malam ) Kg Melayu

5. Rumah di Lorong 3 Jalan Oked akan dirobohkan pada 30 Julai 2010 atas perintah
Mahkamah Tinggi

Ucapan Tahniah kepada Tn Hj Malek Mahbob Ketua UMNO Cawangan Kg Melayu, Tn Hj Ariffin Shariff Ketua UMNO Cawangan Rumah Murah 1, Tn Hj Abu Nayam Ketua UMNO Cawangan Jln. Oked, En Rahim Sharif Ketua UMNO Kg Paya Kluang Baru, Ketua-Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan yang dapat turut serta dalam menjayakan lawatan Ahli Parlimen bersama ketua-ketua Jabatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan