Ahad, 8 Ogos 2010

Majlis Masih Ada Yang Sayang Sempena Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak




KRT Kg Melayu dengan kerjasama UMNO Cawangan Kg Melayu dan UMNO Rumah Murah 1 telah menganjurkan sumbangan menyambut bulan Ramadhan kepada Ibu-Ibu Tunggal dan Fakir Miskin di kawasan Kg Melayu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Cikgu Radzali bin Mohd Noor Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang.

Turut hadir ialah penyumbang utama majlis ini iaitu Dato' Hairul Anuar Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Kluang dan Tn Hj Md Said Jonit Naib Perkasa Kluang.

Terima kasih daun keladi
Tambah rezeki sumbang lagi

Terima kasih juga kepada Puan Sherly Azlina Penolong Pegawai Perpaduan selaku wakil Pegawai perpaduan Daerah Kluang.

1 ulasan:

  1. Tahniahlah Tn Hj Malek Mahbob Pengerusi KRT Kg Melayu merangkap Ketua UMNO Cawangan Kg Melayu dapat menganjurkan program yang sungguh mulia. Terima kasih kepada Dato' Khairul Anuar naib Ketua Pemuda Bhg Kluang dan Tn Hj Md said Jonit Naib Perkasa Kluang yang dapat memberikan sumbangan dan terima kasih kepada Cikgu Radzali Timbalan Ketua UMNO merangkap Pegawai Jasa yang dapat menyampaikan sumbangan.

    BalasPadam